Tinjauan Utusan Malaysia mendapati tiga buah jambatan yang runtuh membabitkan jambatan baharu, jambatan gantung dan jambatan besi (bailey) menyebabkan semua perhubungan darat di beberapa buah kampung terputus.

Jambatan baharu Aur Gading itu merupakan laluan alternatif antara Bukit Kota – Chegar Perah ke Merapoh itu bukan sahaja runtuh tetapi berlaku mendapan laluan berkenaan.

Jambatan konkrit itu runtuh berikutan air Sungai Tanum melimpah dan arus deras sehingga menyebabkan tebing runtuh dengan sebahagian ‘beam’ patah dan jalan raya turut mendap. – Utusan Online