VIDEO: Netizen Buat ‘Dey Challenge’

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini tersebar di media sosial sebuah video rakaman seorang lelaki yang menunjukkan perasaan geramnya dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman baru-baru ini. 

Lelaki yang sebelum ini didakwa merupakan anggota polis namun telah dinafikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. 

Mohamad Fuzi sebaliknya memaklumkan lelaki tersebut  bekas Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) ditamatkan perkhidmatannya atas faktor lain yang tiada kaitan dengan rusuhan di kuil itu.

PVR ialah cabang bantuan sumber tenaga manusia polis bagi menjalankan pencegahan dan membanteras jenayah dengan lebih berkesan.

Orang awam boleh menjadi menyertai PVR sebagai anggota polis separuh masa untuk membantu mengekalkan keamanan dan keselamatan negara.

Namun di sebalik rakaman video lelaki itu yang tersebar meluas, tercetusnya ‘dey challenge’ seolah-olah meniru gaya geram lelaki itu. 

Antara yang membuat ‘dey challenge’ itu adalah kalangan selebriti seperti penyampai radio Era Jaa suzuran dan pelawak popular Taukey Jambu. 

‘Dey challenge’ ini nampaknya menghiburkan hati para pengguna media sosial. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.