Potongan Gaji Bagi Pembayaran Semula PTPTN Bermula 1 Januari 2019

KUALA LUMPUR – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpendapatan RM2,000 sebulan akan menghadapi potongan gaji untuk pembayaran semula bermula pada 1 Januari depan, kata Menteri Pendidik, Dr. Maszlee Malik.

Katanya yang dipetik dari Berita Harian, kadar bayaran hutang semula akan meningkat seiring dengan pendapatan yang diperoleh peminjam.

Bagaimanapun, pengecualian pembayaran semula hutang diberikan kepada pelajar cemerlang dari kelompak M40.

“Pengecualian bayaran balik pinjaman turut dikhususkan buat peminjam yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

“Selain itu, Kabinet bersetuju memberi pengecualian kepada pelajar cemerlang kelompok M40,” kata Maszlee.

Maszlee turut berharap orang ramai mendoakan sistem kewangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kembali pulih agar janji dalam manifesto di mana menangguhkan pembayaran semula sehingga gaji peminjam mencecah RM4,000 dapat dilaksanakan.

“Doakan kewangan negara kembali pulih supaya kerajaan boleh tunaikan janji manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk menangguhkan pembayaran semula sehingga gaji peminjam mencecah RM4,000,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan kerajaan akan melaksanakan potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus kepada peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Pengumuman itu mendapat bantahan ramai terutama persatuan mewakili pelajar dan penuntut universiti yang mendesak syarat itu dikaji semula. – Suara.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.