Perkasa Pelik Kenapa Mahathir dan Muhyiddin Lambat Bertindak

SHAH ALAM – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor mempersoal mengapa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin lambat mengeluarkan kenyataan berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Mariamman.

Yang Dipertuanya, Borhan Ahmad Zakaria berkata, kegagalan Dr. Mahathir dan Muhyiddin bertindak pantas dalam isu tersebut telah menyebabkan P. Wathya Moorthy mengambil kesempatan dan lebih memburukkan keadaan, pemimpin Hindraf tersebut sememangnya tidak layak mengisi portfolio Menteri Perpaduan.

“Kita berasal pelik kenapa Waytha Moorthy yang membuat kenyataan berhubung isu rusuhan tersebut, sedangkan ia sepatutnya dibuat oleh Menteri Dalam Negeri atau Dr. Mahathir. Mengapa Muhyiddin dan Perdana Menteri lambat bertindak dalam hal yang sebegini serius? Selepas sudah menjadi kecoh baru tampil buat kenyataan.

“Sedangkan, semua masyarakat tahu yang Waytha Moorthy sendiri ketika ini sedang menghadapi beratus laporan polis berhubung pembohongan dan kenyataan rasisnya di Belanda tetapi individu ini yang diangkat menjaga portfolio perpaduan, “katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Borhan Ahmad berkata, pihak keselamatan perlu segera menggunakan Akta Hasutan terutamanya dalam menyiasat pemimpin politik, kerana dilihat secara sengaja cuba memainkan sentimen agama dan perkauman dalam insiden rusuhan tersebut, yang menyaksikan lapan cedera termasuk anggota polis serta bomba.

Katanya, tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab seperti dibuat Exco Kerajaan Negeri Selangor, V. Ganabatirau yang mengaitkan insiden itu dengan agama Islam tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang tindakan kerana ia akan memberikan mesej yang salah kepada rakyat. – UTUSAN

One thought on “Perkasa Pelik Kenapa Mahathir dan Muhyiddin Lambat Bertindak

  • November 28, 2018 at 1:50 pm
    Permalink

    Tk perlu rasanya PH berlembut hingga sebegini?? Tk tahu lah nk cakap apa lagi?? Pandangan kami lambat bertindak??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.