Muhamad Adib Semakin Positif Selepas Dimasukkan Ke IJN

KUALA LUMPUR – Mangsa, Muhamad Adib Mohd Kassim dari Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, awal pagi semalam menunjukkan perkembangan positif selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid, keadaan Muhammad Adib bertambah baik dari berdasarkan bacaan yang ditunjukkan serta penjelasan doktor IJN.

“Kita ucapkan terima kasih pada pihak IJN, kita teruslah berdoa supaya keadaan Muhammad Adib terus bertambah baik,” katanya.

Penasihat Pembedahan Kardiotorasik IJN, Datuk Dr Mohd Nazeri Nordin pula berkata, Muhamad Adib diberikan bantuan dengan sokongan hayat dalam rawatan iaitu Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO).

“Prosedur rawatan bermula jam 1.30 pagi itu selesai pada jam 2.30 pagi, mesin itu memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa selepas dadanya mengalami kecederaan yang serius.

“Buat masa ini, keadaannya stabil tetapi masih dalam keadaan kritikal,” katanya lagi.

Malam tadi pada jam 11.33 malam Muhamad Adib telah dipindahkan dipindahkan ke IJN dari Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

Muhammad Adib yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

Difahamkan, mangsa dikatakan mengalami patah tulang rusuk dan kecederaan dalaman akibat dipukul dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 1 pagi itu. – Suara.TV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.