MB Perak Akui Ada Usaha Jatuhkannya, Tapi Tak Menjadi

IPOH — Menteri besar Perak tidak menafikan wujudnya usaha untuk menjatuhkannya dari kalangan pimpinan negeri sendiri.

Namun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap “desas-desus” dihentikan kerana nampaknya ia “tidak menjadi”, lapor Berita Harian.

“Saya tak nafikan (ada usaha menjatuhkannya) jika ada usaha pun ia tak menjadi, jadi biar kita fokus kerja…” katanya

“Saya dapati semua exco bekerjasama dengan baik setakat ini dan kalau ada pun kita boleh ketepikan”.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak menegaskan “polemik politik” patut dihenti kerana perkara itu bukan “benda yang konkrit”.

Ketua pembangkang Datuk Saarani Mohamad pada Ahad mendakwa beberapa exco mahu menjatuh Faizal melalui undi tidak percaya.

Malah, ketua Umno negeri menyatakan sekurang-kurangnya lima wakil rakyat Umno dihubungi bagi menjayakan perkara tersebut. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.