Video: ‘Prank’ TV Paling Menakutkan Yang Pernah Berlaku

Seorang wanita menjunam jatuh melalui pintu perangkap yang tersembunyi di dalam lif di dalam salah satu ‘prank’ TV paling menakutkan yang pernah berlaku.

Mangsa yang terkena ‘prank’ tersebut secara tidak disengaja telah menghasilkan ekspresi muka yang mengerikan semasa dia jatuh melalui pintu perangkap di lantai lif itu.

Dia terjatuh menjunam selepas berjalan masuk ke dalam lif palsu sambil disaksikan oleh seorang lelaki.

Rakaman aksi jatuhnya itu kemudian dipotong masuk ke rakaman studio TV dan wanita itu dilihat jatuh ke gelongsor yang panjang dan hampir bersudut tegak.

Dia kemudiannya kelihatan tidak terkendali ketika dia mendarat di atas lembaran plastik yang kelihatan diselaputi dengan ‘slime’ yang licin.

Para hos rancangan TV yang nakal itu kemudiannya mencatat berapa jauh wanita itu telah meluncur – dalam kesnya adalah 18 meter.

Selepas berhenti daripada meluncur, wanita itu mengambil beberapa ketika untuk menenangkan dirinya sebelum akhirnya dapat melihat sisi lucu daripada ‘prank’ TV itu.

Rakaman ini dikongsi secara dalam talian oleh saluran YouTube Jepun NeKo JGT.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.