Tular Lelaki 56 Tahun Kahwin Remaja 17 Tahun. Ini Sebabnya

Kisah percintaan pasangan dari Indonesia ini bermula di dusun buah-buahan, sehinggalah membawa ke gerbang perkahwinan.

Itulah yang dikatakan jodoh, walaupun berbeza jarak umur yang  jauh namun demi cinta yang suci akhirnya Badu, 56, dan Ika Nurjannah, 17, disatukan.

“Keduanya pertama kali berkenalan di dusun. Kebetulan, dusun milik Badu dan orang tua Ika Nurjannah jaraknya berdekatan di Desa Lapuya, di Kolaka, Sulawesi Tenggara.

“Sejak dari situlah mungkin Badu suka dengan Ika Nurjanah, dua-duanya belum pernah menikah,” ujar Ana, jiran Badu, menurut Sinar Harian yang memetik laporan Liputan 6.

 

 

Selain di kebun, keduanya juga kerap bertemu ketika bersama menaiki perahu.

Salah satu perahu yang digunakan penduduk menyeberang sungai, diketahui hanya satu-satunya milik Badu.

“Tidak lama mereka bercinta, mungkin sudah suka sama suka, ya akhirnya langsung menikah,” tambah Ana.

Terdahulu kisah perkahwinan mereka berdua yang berlangsung pada 20 November lalu, menjadi tular di Indonesia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.