Sudah 60 Laporan Dibuat, Mana Pendirian DAP Tentang Isu Hina Bugis

Meskipun sudah lebih sebulan dari tarikh Tun Dr. Mahathir Mohamad menghina Bugis dalam ucapannya pada perhimpunan pembangkang di Petaling Jaya, Selangor, namun sehingga kini pengerusi Pakatan Harapan itu masih enggan memohon maaf walaupun menerima desakan daripada pelbagai pihak.

Bukan itu sahaja, berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh Presiden Rumpun Bugis SeMalaysia, Datuk Samsul Alang Hamzah, sebanyak 60 laporan polis teah dibuat persatuan Bugis di seluruh negara terhadap Mahathir berhubung kenyataannya itu.

Berikutan itu juga, banyak pihak telah mengulas mengenai isu tersebut tetapi tidak dari DAP. Sehingga kini DAP masih belum menyatakan pendirian mereka terhadap Mahathir.

Mana perginy suara-suara pemimpin DAP yang selama ini begitu lantang sekali?. Mana perginya suara Nga Kor Ming, yang sebelum ini viral rakaman video beliau mengelarkan kata-kata kesat terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri, walaupun Ahli Parlimen Taiping itu menyatakan ia adalah palsu.

Begitu juga dengan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau yang mengundang kecaman orang-ramai selepas video ucapannya yang disifatkan sebagai rasis tersebar di ruang maya telah tersebar semasa berkempen untuk Abdul Aziz Isa dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Dalam video yang tular itu, beliau sebagai menyeru pengundi supaya mengundi calon DAP Batu Kitang, iaitu Aziz supaya dia boleh ‘screw’ (henjut) orang Melayu.

Inilah bukti di mana pemimpin DAP kononnya `lantang’ bersuara tetapi hipokrit. Di mana suara mereka ketika Sultan Selangor dan Johor telah meluahkan kemarahan susulan tindakan Mahathir yang menghina orang Bugis itu.

Mereka masih mendiamkan diri meskipun kenyataan Mahathir itu mengundang banyak kritikan dan keceman termasuk daripada Perhimpunan Pemuda Bugis Makassar Indonesia dan pemimpin Indonesia, Jusuff Kalla yang mendesak Mahathir memohon maaf.

Dengan mendiamkan diri, ia menunjukkan sikap DAP yang dwistandard, hanya memperjuangkan isu terpilih semata-mata.

Beberapa hari lepas, Sultan Ibrahim Iskandar Shah mengaku terasa dengan kenyataan Mahathir yang mengaitkan keturunan Bugis dengan lanun.

“Saya terasa juga. Saya keturunan Bugis, Sultan Selangor keturunan Bugis, Rakyat Johor banyak keturunan Bugis. Asal usul saya pun dari Riau Lingga. Banyak Bugis. Apa rasa orang Bugis,” titah baginda.

Manakala Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga dilaporkan murka manakala Dewan di-Raja Selangor mahu satu siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan diambil ke atas Mahathir.

hathir pada 14 Oktober lalu, ketika berucap dalam perhimpunan haram anjuran Pakatan Harapan diketuai DAP di Petaling Jaya telah menyifatkan etnik Bugis sebagai lanun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.