Pesawat Pejuang Hornet TUDM Mendarat Cemas Di Kuching

KUCHING – Sebuah pesawat pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis F/A-18 D Hornet dilaporkan membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) petang tadi.

Memetik laporan BH, pesawat itu dikatakan mengalami masalah pada roda sawat namun juruterbang berjaya mendaratkan pesawat dengan selamat.

Juruterbang pesawat juga dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pihak TUDM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenanan kejadian itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.