Naik 10kg Selepas 5 Bulan – Nora Danish

Pelakon Nora Danish akui proses kehamilannya kali ini berbeza dari anaknya yang pertama iaitu Putra Rayqal Rizal, 8.

Nora menerusi akaun Instagram (IG)nya memberitahu bayinya yang kini berusia lima bulan sangat aktif hingga membuatkannya berjaga malam kerana lapar, petik Gempak.

Menurut Nora lagi, selera makannya juga sukar untuk dikawal ketika ini malah berat badannya juga naik sehingga 10 kilogram (kg).

Bagaimanapun ia langsung tidak membimbangkannya, asalkan bayinya sihat.

“17 weeks to go. Definitely a different experience than the first one. Ney Ney is so active , Ney Ney would wake me up in the middle of the night when Ney is hungry. 

So it’s hard for me to control my food sometimes. 🙂 I gained 10kgs from this pregnancy ( for now ) . As long as my baby is healthy, mommy is more than happy to carry these weights.

Because Ney moves a lot all the time,It feels like Ney is dancing inside me. Hehe”

Nora dan Nedim bernikah pada 30 Mac 2017 pada satu majlis tertutup. 

Rayqal merupakan anak hasil perkahwinan Nora terdahulu dengan Rizal Ashram.

Nedim pula mempunyai anak daripada perkahwinannya dengan wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan iaitu Nedrin yang berusia lima tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.