Jepun Kesan Isyarat Ujian Nuklear Pyongyang

TOKYO/WASHINGTON -Jepun mengesan isyarat radio yang menunjukkan Korea Utara mungkin sedang bersedia untuk satu lagi ujian peluru berpandu balistik.

Menurut Reuters, bagaimanapun, isyarat itu bukan sesuatu yang luar biasa dan imej satelit tidak menunjukkan sebarang aktiviti terbaharu, kata sumber kerajaan Jepun hari ini, lapor BH.

Selepas melancarkan peluru berpandu sepanjang dua hingga tiga bulan sejak April lalu, Korea Utara menghentikan seketika ujian berkenaan pada September, selepas Pyongyang melancarkan roket yang melepasi pulau utara Hokkaido di Jepun.

“Bukti ini tidak mencukupi untuk menentukan akan berlaku satu lagi ujian tidak lama lagi,” kata sumber kepada Reuters.

Agensi berita Kyodo Jepun melaporkan lewat semalam isyarat itu mungkin berkaitan dengan latihan ketenteraan musim sejuk oleh tentera Korea Utara. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.