Hujan Lebat Dijangka Berterusan Hingga Esok

KUALA LUMPUR – Hujan lebat di negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu serta di Perak dijangka berterusan hingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan menerusi Facebook memaklumkan, amaran cuaca bahaya, hujan sangat lebat dijangka berterusan di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu).

“Amaran cuaca buruk. Hujan lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Gua Musang), Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman) dan Perak (Daerah Hulu Perak).

“Amaran cuaca waspada. Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Lojing), Pahang (Daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh & Maran), Johor (Daerah Mersing & Kota Tinggi), Perlis dan Kedah (Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap, Sik & Baling),” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, Gelombang pertama banjir di Kelantan bertambah buruk apabila 1,729 mangsa dipindahkan sehingga 8 pagi ini, berbanding 1,078 orang malam tadi, lapor Sinar.

Kesemua mangsa ditempatkan di 29 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di tujuh jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Bachok.

Sementara itu, amaran ribut petir turut dikeluarkan untuk penduduk di Kedah.

“Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Kedah (Daerah Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), P. Pinang dan Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang dan Selama dan Kuala Kangsar) dijangka berterusan sehingga lewat pagi,hari ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.