Durian ‘Bau Lembut’ Sasar China

KUALA LUMPUR — Durian diraja ASFA50 mampu menjadi alternatif kepada musang king kerana tidak mengeluarkan bau kuat.

Pemasar utama ASFA50 berkata durian jenis itu juga sudah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail untuk diwartakan sebagai buah diraja Perlis pada 17 Mei lalu, lapor Metro.

“Majoriti pasaran dunia sangat sensitif dengan bau durian. Misalnya, kebanyakan rakyat China terutama mereka yang belum pernah merasa durian merasakan bau musang king amat kuat.

“Kelebihan ASFA50 yang tidak berbau kuat, namun rasa serta kualitinya mampu menyaingi kehebatan musang king dijangka menjadi daya tarikan menembusi pasaran baru.

“Justeru, memandangkan ramai rakyat China menggilai musang king, kita mungkin boleh fikirkan alternatif kedua bagi memasarkan ASFA50 ke China selepas ini,” kata Ferri Anugerah Makmur.

Ketua Pegawai Eksekutif Super Tech Industrial berkata sifat ASFA50 yang mengandungi 80 peratus kurang gas juga mampu menembusi pasaran global.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.