Diajak Untuk Meramas Payu Dara Di Internet, 4 Orang Ditangkap Polis Jepun

Empat lelaki telah ditangkap kerana melakukan gangguan seksual dan meramas payu dara penumpang wanita di dalam kereta api di Jepun.

Tangkapan mereka ini telah dimuatnaik di media sosial Jepun.

Mereka melakukan perbuatan berkenaan di laluan kereta api antara Ikebukuro dan Itabashi Tokyo, pada Julai lalu.

“Empat orang lelaki dituduh meraba wanita telah ditangkap hari ini kerana terbukti melakukannya perkara itu  pada Julai lalu,”  kenyataan dari sumber Tribunnews.com

Mereka yang ditangkap adalah Takeshi Hagiwara, 34 dari Toshimaku Tokyo dan Yosuke Saito, 35 dari Yokohama. Dua lagi tidak dinamakan. Mereka ini telah bertemu di media sosial dan kemudian bersetuju untuk melakukan ganggual seksual tersebut.

Mereka memulakan aksi dari stesen Ikebukuro Tokyo menuju Itabashi. Modus operandinya adalah dengan mengerumuni seorang wanita yang berusia 20 tahun dan  mendesaknya ke pintu (keluar) kaca kereta api.

Hagiwara kemudian meramas payu dara wanita itu manakala Saito pula meraba-raba bahagian bawah  wanita itu.

Sementara dua orang lagi mahu turut serta namun tangan mereka tidak dapat menyentuh tubuh wanita terbabit. Perbuatan mereka itu telah dirakamkan menerusi CCTV.

 

Siasatan polis mendapati mereka ini telah beberapa kali melakukan gangguan seksual itu di pelbagai laluan kereta api.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.