Bella Anggap Erra Fazira Kakak

HUBUNGAN baik di antara artis popular dari Seberang, Laudya Cynthia Bella atau Bella dan primadona terkenal, Erra Fazira sememang tidak dapat disangkal lagi.

Tambahan pula, kedua-duanya juga menjadi antara individu penting dalam hidup Engku Emran dan Engku Aleesya.

Bahkan, ramai juga peminat yang menyenangi bahkan ‘merestui’ serta menjadikan hubungan baik tersebut sebagai satu contoh terbaik.

Senang dengan penerimaan peminat, Bella bagaimanapun mengakui terkejut akan dengan tindakan positif tersebut.

“Masya-ALLAH, mereka (peminat) suka? (ketawa). Alhamdulillah, saya memang sangat menjaga hubungan silaturahim ini. Lagipun, saya pula tiada teman yang ramai di sini,” katanya pada Sinar Harian.

Tidak segan silu, bintang filem Syurga Tak Dirindukan ini juga menganggap Erra sebagai kakaknya.

“Hubungan kami bagai adik dan kakak. Lagipun, Erra adalah emak Aleesya dan dia juga memanggil saya Bunda.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya punya teman untuk saling berkongsi cerita mengenai apa saja. Itu yang membuat kami semakin rapat,” katanya.

Bukan itu sahaja, Bella juga bersedia untuk bergandingan dengan Erra sekiranya ada tawaran lakonan walaupun masih belum merancang untuk terus aktif di Malaysia.

“Saya sedar posisi Erra di sini sebagai pelakon terkenal bahkan saya ada juga menjadikannya sebagai rujukan.

“Tapi, hubungan rapat kami lebih bersifat peribadi dan bukannya mengenai soal kerjaya.

Lagipun, saya masih belum merancang untuk bekerja di sini. Insya-ALLAH, kalau umur panjang dan ceritanya bagus saya tak kisah untuk berlakon bersama,” katanya.-SInar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.