Badi Ahli Sihir Terus Hantui Benevento

MILAN – Benevento muncul pasukan terburuk dalam sejarah Serie A, antara liga terkemuka di Eropah, apabila tewas kali ke-14 berturut-turut dengan terbaru 1-0 di tangan Atalanta, awal pagi tadi.

Menurut AFP, Gol tunggal Bryan Cristante pada minit ke-75 sudah cukup untuk meletakkan Benevento kekal di tangga tercorot liga selain menyaksikan Atalanta naik tangga ke-10 berkongsi kedudukan dengan Torino pada 19 mata, lapor BH.

Benevento mengatasi rekod 12 kekalahan berturut-turut dialami Manchester United, 87 tahun lalu selepas tewas 2-1 di halaman sendiri kepada Sasuolo pada 19 November lalu menerusi jaringan dalam masa kecederaan Federico Peluso.

Pemilik kelab, Oreste Vigorito sebelum ini berkata, ahli sihir – yang menjadi logo kelab – adalah punca kepada kekalahan Benevento yang sekali lagi tidak bernasib baik selepas mempamer aksi memberangsangkan.

“Mereka sentiasa beraksi dengan baik tetapi pada masa sama gagal mengutip sebarang mata,” kata Vigorito.

“Punca utama kekalahan ini adalah kerana pengaruh jahat yang sentiasa ada kaitan dengan kelab iaitu ahli sihir. Ya, saya percayakan perkara tahyul.

Penyerang Samuel Armenter mensia-siakan peluang untuk meledak gol lima minit sebelum berakhir separuh masa pertama apabila tandukannya berjaya dinafikan penjaga gol Atalanta, Andrea Consigli.

Cristante kemudian menjaringkan gol untuk terus menambah derita Benevento. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.