Video: Ku Nan Minta Maaf, Alumni UiTM Minta Pihak Luar Jangan Masuk Campur

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Umno, TDatuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memohon maaf di atas kenyataan beliau yang telah diputar belitkan mengenai isu pelajar ‘slow learner’ belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurutnya, beliau tiada niat untuk merendahkan sesiapa namun disebabkan kenyataan itu diputar belit maka ia  telah menguris hati ramai orang.

“Saya langsung tiada niat untuk merendahkan mana-mana pihak dan menguris hati sesiapa dan saya nak minta maaf kalau saya ada menguris hati sesiapa.

“Yang saya lakukan adalah motivational speech untuk para pelajar,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan persatuan Alumni UiTM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Presiden Kelab Alumni UiTM, Datuk Zaini Hassan, sangat berbesar hati kerana dapat bertemu dengan Tengku Adnan bagi menjernihkan keadaan.

Beliau menganggap isu itu diputar belit dan digunakan di luar konteks.

“Kami dari persatuan Alumni UiTM Malaysia yang terdiri daripada yang paling senior sehingga yang paling junior sangat berbesar hati kerana dapat berjumpa sendiri dengan Tengku Adnan dan dapat bercakap dari hati ke hati.

“Bagi saya ini adalah satu spining atau putar belit dan diluar konteks. Beliau bercakap dalam satu konteks yang cukup baik dan murni sebagai satu motivasi daripada para pelajar tetapi tetapi ia diambil dalam konteks yang amat berbeza,” katanya.

Justeru itu, Zaini menggesa agar orang ramai supaya tidak memainkan isu ini.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tengku Adnan kerana beliau sebagai Setiausaha Agung sebuah parti politik terbesar sanggup menyata permohonan maaf walaupun perkara yang terjadi adalah sesuatu yang berbeza tetapi beliau sanggup meminta maaf.

“Saya meminta agar pihak di luar sana tidak lagi memainkan isu ini,”katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.