Netizen Kecam Tindakan Rakan Penyokong Bersih 5 Belasah Warga Bangladesh

Belum reda insiden sepasang suami isteri mengasari penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) minggu lalu, kini media sosial kecoh pula dengan penyebaran video seorang warga asing dibuli dan dibelasah.

 

“Kenapa pukul sampai ini macam? Kalau dia buat salah , hantarlah sahaja ke Balai Polis . Apa itu BERSIH 5 buat di sana pulak.

 

“Pohon #PDRM siasat. Pohon rakan rakan tolong share dan viralkan. Terima kasih,” tertera status berkaitan insiden itu di laman Facebook Huang Penang Lang.

 

Video berdurasi 40 saat itu dimuatnaik di laman Facebook Huan Penang Lang lewat malam tadi memaparkan tindakan kejam seorang lelaki Cina memukul berkali-kali seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh dengan sebatang kayu.

 

Seorang lelaki lain yang berpakaian kuning Bersih 5 hanya menyaksikan kejadian tersebut tanpa berusaha menghentikan tindakan ganas rakannya.

 

Tinjauan di ruangan komen Huang Penang Lang menyaksikan pelbagai komen berbaur amarah menyelar perlakuan tidak berperikemanusiaan lelaki tersebut.

 

“Sebersih-bersihpun ada pengotornya. Bersih konon… belum memerintah boleh cakap la…jangan jadi mcm Singapore sudah la,” komen Papaya Muda.

 

“Ada sesuatu yang tidak kena di sini. Pihak berkuasa perlu bertindak ke atas mereka yg bertindak sendiri,” kata Mohamed Zahari Bin Yahya.

 

Asiah Aziz pula dalam komennya menulis, “patut ditangkap dan dihukum dgn hukuman yang setimpal pukul dia balik biar dia rasa sakit tu.”

 

Video di laman Facebook itu sehingga kini ditonton lebih 138 ribu kali dengan lebih 6,000 perkongsian di Facebook. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.