UMNO Digesa Kembali Kepada Melayu

Kuala Lumpur – UMNO digesa kembali kepada bangsa Melayu dan tidak terlalu memberi fokus kepada bangsa lain kerana perjuangan parti itu didasari oleh orang Melayu sendiri.

Wakil dari Perak, Datuk Mohamad Razi Manan berkata, tidak perlu membuang masa untuk mendapatkan sokongan daripada kaum Cina kerana undi kaum itu akan pergi kepada bangsanya.

“Kita kena tahu bahawa undi Cina ini tidak akan bertambah.

“Mereka ini ibarat menyiram air di Gurun Sahara. Siram banyak mana sekalipun air akan meresap ke tanah,” katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 di PWTC di sini Jumaat.

Beliau berkata, UMNO tidak boleh lupa bahawa hanya orang Melayu sahaja yang akan faham dengan perjuangan yang dibawakan oleh parti itu.

Katanya, orang Cina tidak lagi memberi kepercayaan kepada UMNO dan mereka juga tidak memberi keuntungan kepada orang Melayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.