Tolonglah, Saya Tidak Sihat – Tun M

Kuala Lumpur – ”Tolonglah, saya tidak sihat,” jawab Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya para pemberita mengenai reaksi beliau terhadap keputusan mengekalkan Akta Hasutan 1948.

“Semuanya mengenai solidariti,” kata bekas Perdana Menteri itu ringkas ketika mengulas ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO2014.

Beliau kemudiannya menekup mulut lalu beredar melepaskan diri daripada kepungan kumpulan wartawan yang mengerumuninya untuk mendapatkan pandangan.

Bekas Presiden UMNO itu juga enggan mengulas lanjut pengumuman Najib Tun Razak mengekalkan akta tersebut dengan menambah dua peruntukan baru bagi mengukuhkan fungsinya.

Beberapa hari lepas Dr Mahathir dilaporkan berkemungkinan tidak menghadirkan diri pada Perhimpunan Agung UMNO dengan alasan kesihatan.

Malah beliau juga tidak hadir pada beberapa majlis sehingga mencetuskan pelbagai reaksi yang kononnya bekas Presiden UMNO itu tidak memberi sokongan kepada sesetengah pihak atau pemimpin.

Bagaimanapun beliau mencetuskan kejutan pagi tadi apabila menggagahkan diri menghadir majlis perasmian Perhimpunan Agung walaupun dilaporkan tidak sihat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.