TMI Siar Artikel Jahat Berniat Jatuhkan Noh, Akhirnya Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka

Kuala Lumpur – Portal berita The Malaysian Insider (TMI) hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Permohonan maaf itu dibuat berikutan penyiaran satu artikel yang didakwa oleh Noh sebagai berniat jahat dan cuba menjatuhkan reputasinya, memetik laporan Selangor Press.

Noh turut memberi amaran keras kepada portal berita itu dan meminta pihak berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Saya hendak memberi amaran kepada (The) Malaysian Insider bahawa saya tengok ada dalam laporan TMI yang mengatakan UMNO Selangor ada banyak duit dan di dalam kenyataan tersebut dibubuh gambar saya, sedangkan kenyataan tersebut bukan saya yang buat.

“Saya nak bagi amaran kepada TMI dan saya akan tulis surat rasmi kepada TMI, dalam tempoh masa dua minggu dia mesti minta maaf kepada saya bahawa dia telah membuat fitnah kepada saya,” katanya.

Malah Noh juga berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita berkenaan sekiranya permohonan maaf gagal dibuat.

Portal berita itu didakwa melaporkan perkara tidak benar mengenai Noh dalam satu artikel bertajuk ‘Duit kami lebih banyak daripada kerajaan negeri, kata UMNO Selangor’ di mana artikel terbabit menggunakan gambar Noh seolah-olah kenyataan itu datang daripada Noh sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.