Tauke Jambu Nafi Gambar Bercium Dengan Wanita Yang Tersebar Di Internet

Petaling Jaya – Pelawak terkenal tanah air, Tauke Jambu menafikan dakwaan beliau merupakan lelaki yang bercium dengan seorang wanita dalam sekeping gambar, yang tersebar meluas di laman internet.
“Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus-terang saya sendiri tak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil.
“Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar saja. Jadi saya kena tengok dulu sebelum komen lebih lanjut,” tegas Tauke.
Beliau menganggap penyebaran gambar tersebut sebagai satu bentuk sabotaj untuk mencalarkan imejnya dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya.
“Zaman sekarang macam-macam benda boleh berlaku. Tapi kalau betul ia disebarkan dengan tujuan jahat saya takkan teragak-agak untuk cari penyebar asal gambar itu. Kalau perlu ambil tindakan undang-undang saya akan buat,” ujarnya lagi.
Beberapa portal hiburan melaporkan gambar berkenaan diperolehi selepas lelaki tersebut dipercayai menghantar telefon bimbitnya ke kedai telefon untuk diservis dan individu tidak bertanggungjawab telah menyalin memori kadnya.
Rata-rata pelayar internet meneka lelaki itu sebagai tauke kerana beberapa petunjuk yang diberikan ada menyebut tentang sikapnya yang sering bertukar teman wanita.
Tauke kini menyertai kumpulan Virus dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega, yang disiarkan Astro Warna dan Astro Maya HD.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.