Putera William Akan Buat Lawatan Pertama Ke China Dalam Tempoh 3 Dekad

London – Istana Buckingham mengumumkan pada hari Khamis bahawa Putera William akan pergi ke China pada awal tahun depan.

Ia juga merupakan lawatan pertama ke tanah besar oleh seorang anggota keluarga diraja British dalam hampir tiga dekad.

William, cucu Ratu Elizabeth, akan membuat lawatan tiga hari ke Jepun pada lewat Februari sebelum menuju ke China.

Bagaimanapun, beliau tidak akan diiringi oleh isterinya Kate yang sedang hamil Kate yang dijangka akan melahirkan anak kedua pada bulan April.

Perjalanan William ke China adalah yang pertama sejak ratu dan suaminya Putera Philip membuat lawatan pada tahun 1986.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.