Polis Tingkatkan Usaha Buru Saki-Baki ‘Geng Mamak’

Kuala Lumpur – Polis memperhebatkan usaha memburu saki-baki kumpulan penjenayah ‘Geng Mamak’ yang dipercayai bukan saja masih bergerak aktif tetapi juga sedang merekrut anggota baharu.

Usaha ini termasuk meningkatkan risikan ke atas geng itu dan menyiasat latar belakang anggota-anggotanya yang masih bebas bagi memastikan sama ada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

Ketua Penolong Pengarah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Jenayah Siasatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Mohd Khalil Kader Mohd berkata demikian kepada pemberita di Hospital Ampang dekat sini selepas melawat seorang pegawai polis yang cedera dalam kejadian tembak menembak antara dua anggota geng itu dan polis di Taman Melawati Selasa lalu.

Dalam insiden itu, seorang lelaki berusia 59 tahun berasal dari Grik, Perak, yang dipercayai anggota ‘Geng Mamak’ maut manakala seorang rakannya cedera di pinggang selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis.

Seorang pegawai polis berusia 32 tahun cedera tangan kiri akibat ditembak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.