Polis Temui Mayat Pemuda Dalam Kereta

Missouri –  Polis St Louis County menemui mayat seorang pemuda berusia 20 tahun di dalam sebuah kereta selepas berlaku rusuhan kaum di bandar itu sejak beberapa hari lalu.
Mangsa, DeAndre Joshua, 20, dilaporkan telah membunuh diri sebelum mayatnya ditemui pada Selasa.
Polis bagaimanapun tidak mengulas lanjut sama ada penemuan mayat tersebut berkait rapat dengan peristiwa rusahan kaum.
Rusuhan tersebut berlaku apabila mahkamah membebaskan seorang anggota polis kulit putih, Darren Wilson yang menembak mati seorang pemuda kulit hitam, Michael Brown, 18.
Mayat pemuda yang didakwa membunuh diri itu telah ditemui berhampiran lokasi Brown di tembak mati.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.