Perhimpunan Agung UMNO Tahun Ini Fokus Tarik Orang Muda

Kuala Lumpur – Perhimpunan Agung UMNO tahun ini memberikan fokus kepada menarik orang muda untuk menyertai parti.

Namun, dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri bahawa Akta Hasutan 1948 dikekalkan, ramai bimbang sekiranya yang sebaliknya berlaku.

Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menafikan perkara ini dan berkata setiap orang mahukan keamanan dan keharmonian.

“Golongan muda mahu keselamatan mereka terjamin, dapat keluar rumah tanpa perlu takut dikacau kerana mereka datang dari latar belakang kaum atau agama yang berbeza.

“Mereka mahu dapat menghantar anak-anak ke sekolah tanpa takut didiskriminasi dari segi kaum. Akta Hasutan dicipta untuk ini.

“Ia diwujudkan untuk memastikan sentimen perkauman dan agama tidak dipermainkan sehinga satu hari generasi muda terpaksa menderita ketegangan kaum yang tidak boleh dibaiki,” katanya kepada The Rakyat Post.

Khairul menambah, walaupun negara memerlukan akta begini, golongan muda mahukan ia dipinda untuk memberi ruang supaya mereka dapat mengkritik kerajaan atau polisi secara positif.

“Golongan muda di negara kita sangat idealistik. Mereka mahu mampu bebas bercakap mengenai perkara yang penting bagi mereka, dan saya menyokong perkara ini.

“Kita perlu mendengar pendapat mereka kerana mereka ada idea yang bernas yang dapat mendorong negara ke hadapan. Mereka tidak perlu dihalang dan saya berharap perkara ini diambil berat dalam pindaan ke atas Akta Hasutan.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut bersetuju dan beliau percaya golongan muda negara adalah golongan yang pintar.

Katanya, terdapat beberapa kes yang membuktikan bahawa Akta itu diperlukan, dan Pemuda juga pernah meminta individu yang membuat kenyataan berbaur hasutan disiasat di bawah Akta Hasutan.

“Saya faham golongan muda tidak bersetuju apabila Akta digunakan ke atas beberapa individu. Sebab itu kerajaan perlu mengetatkan dan menambahbaik akta berkenaan.

“Apa yang golongan muda perlukan adalah seseorang atau mungkin forum di mana mereka boleh memahami mengapa Perdana Menteri membuat keputusan mengekalkan Akta Hasutan.

“Apabila perkara ini sudah jelas, saya yakin golongan muda akan bersedia dan menyokong keputusan ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.