Pencemaran Udara India, Disarankan Kenderaan Lama Tidak Dibenarkan Di Jalan Raya

New Delhi – Mahkamah India semalam menyelar kerajaan berikutan pencemaran udara di ibu negara yang semakin teruk setiap hari, dan memerintahkan agar tindakan segera diambil bagi mengurangkan masalah tersebut.

Susulan itu, Tribunal Hijau Negara mengarahkan semua kenderaan berusia lebih 15 tahun tidak dibenarkan berada di atas jalan raya, pemeriksaan pencemaran dilakukan terhadap semua bas tempatan dan pembersih udara dipasang di pasar yang menjadi tumpuan pengunjung.

“Kami gembira dengan keputusan tribunal kerana pencemaran di New Delhi telah mencapai tahap beracun,” menurut Timbalan Ketua Pengarah Pusat Sains dan Alam Sekitar Delhi, Chandra Bhushan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.