Pemain Kriket Australia Tidak Sempat Sambut Ulangtahun, Mati Kena Balingan Bola

Sydney – Seorang pemain kriket Australia, Philip Hughes tidak sempat menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang bakal tiba tiga hari lagi apabila meninggal dunia di Hospital St Vincent di sini.
Hughes disahkan meninggal dunia pada Khamis selepas koma sejak petang Selasa akibat terkena bola yang dilontarkan skuad lawan dalam satu perlawanan kriket.
Dalam kejadian itu, bola yang dilontarkan Sean Abott terkena belakang kepala Hughes dan menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri di atas padang.
Hughes kemudian dikejarkan ke Hospital St Vincent dan berada dalam keadaan koma sebelum diumumkan telah meninggal dunia oleh badan Kriket Australia selepas.
Doktor pasukannya, Peter Brukner memberitahu pemberita, Hughes menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan sempurna tanpa bertarung dengan kesakitan.
Ketua Pasukan Kriket Australia Michael Clarke yang mewakili keluarga mangsa telah menyampaikan ucapan dengan penuh hiba.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.