Murid 13 Tahun ROgol Rakan Sekelas Selepas

London – Seorang budak lelaki berusia 13 tahun telah merogol rakan sekelas selepas pelajaran pendidikan seks di sebuah sekolah di UK.

Budak, dari Gwynedd, Wales Utara, mengakui menyerang rakan sekelasnya apabila dia telah dibawa ke Mahkamah Juavana Dolgellau awal bulan ini, lapor metro.co.uk.

Sementara itu, Kaunsel Gwynedd mulakan siasatan kejadian itu yang berlaku pada tahun 2012.

“Sebaik sahaja tuduhan yang serius ini dibawa ke pengetahuan kami, ia segera dirujuk kepada Polis North Wales untuk siasatan,” laporan itu memetik kata-kata seorang jurucakap Kaunsel.

“Sekarang proses undang-undang berkeputusan kita akan bekerjasama dengan Polis North Wales dan rakan-rakan lain yang berkaitan untuk menjalankan kajian terperinci kejadian untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang pengajaran yang boleh dipelajari,” katanya.

“Menjaga kebajikan kanak-kanak di daerah itu adalah keutamaan penting Kaunsel Gwynedd dan rakan-rakan kami. Apabila tuduhan yang dikemukakan melibatkan orang muda menjadi mangsa jenayah, kami mempunyai proses terperinci yang akan diikuti mengikut tatacara perlindungan semua kanak-kanak Wales,”katanya.

Budak lelaki itu telah diberi perintah rujukan 12 bulan dan akan berada dalam senarai pesalah seks selama 30 bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.