Lionel Messi Sedia Ke Chelsea?

LIONEL MESSI didakwa akan menyertai Chelsea dengan yuran perpindahan sebanyak £200 juta selepas bintang bola sepak dunia itu menolak tawaran mega daripada Arsenal dan Manchester United.

Masa depan karier Messi menjadi topik utama di Eropah sejak akhir-akhir ini apabila wujud spekulasi bahawa pemain paling setia kepada Barcelona itu sedia meninggalkan skuad tersebut.

Tiga pasukan utama dunia dari England iaitu Chelsea, Arsenal dan United dilapor cuba mendapatkan Messi, namun akhbar Daily Express mendakwa pemain Argentina itu hanya sedia berhijrah ke Chelsea.

Messi 'ready to accept SHOCK £200m transfer to Chelsea'

Laporan itu juga mendedahkan bahawa Messi memilih Stamford Bridge kerana ingin bersama bekas rakan sepasukan iaitu Cesc Fabregas.

Jika penghijrahan Messi berlaku, ia bakal mengejutkan dunia bola sepak kerana pemain itu pernah berjanji untuk tidak keluar dari kelab tersebut.

Manakala kelab yang berjaya mendapatkan penyerang berbisa terbabit bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak.

-mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.