Liga Europa: Spurs Tempah Slot Ke Pusingan Kalah Mati

Stambouli menjaringkan gol pertamanya bersama Spurs ketika menundukkan Partizan Belgrade.

BENJAMIN Stambouli menjaringkan gol pertamanya bersama Tottenham ketika membantu pasukan itu menewaskan Partizan Belgrade 1-0 pada saingan Liga Europa, awal pagi Jumaat.

Kemenangan itu membolehkan Spurs mara ke pusingan kalah mati.

Pemainan terpaksa dihentikan seketika selama 10 minit selepas penyokong merusuh masuk ke dalam padang.

Namun, permainan diteruskan pada minit ke-41.

Erik Lamela hampir meletakkan Spurs di hadapan pada minit ke-45 tetapi percubaannya tersasar.

Pasukan kendalian Mauricio Pocchetino bangkit memecah kebuntuan pada babak kedua apabila Stambouli menjaringkan gol tunggal pada minit ke-49.

Stambouli pantas memanfaatkan rembatan Roberto Soldado yang terlebih dahulu terkena palang.

Partizan bangkit di saat akhir tetapi tandukan Vladimir Volkov berjaya ditampan penjaga gawang Spurs, Hugo Lloris pada minit ke-85.

Kemenangan itu meletakkan Spurs di kedudukan teratas Kumpulan C dan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan setakat ini.

-mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.