Lagenda bola sepak Pele dalam keadaan stabil

SAO PAULO: Lagenda bola sepak dunia dari Brazil Pele, yang dirawat di hospital selama tiga hari untuk infeksi air kencing mengeluarkan kenyataan menerusi media sosialnya pada hari Khamis dan berkata beliau dalam keadaan baik.

Pihak hospital Albert Einstein di Sao Paulo, berkata keadaan beliau semakin stabil dan lagenda bola itu menjalani pembedahan mengeluarkan batu karang.

Bertentangan dengan kenyataan hospital bahawa beliau berada di unit rawatan rapi, Pele – atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento – berkata beliau hanya berpindah ke bilik lain untuk privasi.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu anda bahawa saya dalam keadaan baik,” kata Pele dalam mesej yang disiarkan dalam bahasa Inggeris di halaman Facebook beliau dan di Twitter (@Pele).

“Saya bersyukur kerana menerima kasih sayang dan sokongan anda, dan bersyukur kepada tuhan ini tidak begitu serius.

“Saya dipindahkan ke bilik lain untuk privasi sahaja. Walaupun saya hargai kehadian pelawat untuk berjumpa dengan saya, saya perlukan rawatan saya dan melalui proses pemulihan dengan tenang.

Pele berkata beliau akan menghabiskan cuti yang akan datang bersama keluarga dan mulakan 2015 “dengan kesihatan yang bagus,” sambil menambah beliau banyak lawatan antarabangsa yang telah pun dirancang.

Ejen Pele, Jose Fornos berkata bahawa bintang itu keletihan selepas menerima terlalu banyak lawatan, dan menambah tempoh rawatan boleh mengambil masa sehingga lapan hari.

Pele melalui pembedahan mengeluarkan batu karang pada 13 November dan tampak sihat setelah dibenarkan keluar dua hari kemudian. Sambil melambai kepada para penyokong menerusi tingkap bilik hospitalnya, beliau sempat berjenaka dan berkata, “Saya sudah bersedia untuk main esok.”

Beliau terpaksa membatalkan penampilan di sebuat muzium di Santos pada 12 November setelah kelihatan tidak sihat. -Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.