KPDNKK Perlis Rampas Kopi Radix Tiruan

Kuala Lumpur – KPDNKK Perlis merampas 176 papan kopi jenama Radix tiruan dalam satu operasi di negeri ini semalam.

Ketua Seksyen Penguatkuasa KPDNKK Negeri, Jamal Nor Ahmad Harun berkata pemeriksaan terhadap empat premis perniagaan antara 11 pagi hingga 1.30 tengah hari itu menghasilkan rampasan bernilai RM3,520.

Katanya operasi itu dibuat setelah KPDNKK Perlis menerima aduan syarikat HPIndustries Sdn Bhd (HPA), pengeluar kopi Radix, yang mengesyaki terdapat kopi Radix tiruan dalam pasaran di negeri ini.

Sebanyak 15 anggota penguat kuasa menyertai operasi itu di sekitar Bandar Kangar dan pekan Simpang Empat, dekat sini diiringi beberapa pegawai syarikat itu yang diketuai Pengurus Kilang A. Zakaria Abu Bakar untuk membantu mengenal pasti kopi Radix tiruan.

Kopi Radix yang dirampas itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian kandungan, kata Jamal Nor hari ini.

One thought on “KPDNKK Perlis Rampas Kopi Radix Tiruan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.