Keamanan, Kesejahteraan Dan Kemakmuran Dimamah Peperangan Kaum, Apa Nasib Bumiputera Pulau Pinang?

Pulau Pinang – Sesuatu yang konkrit perlu dilakukan sekarang bagi memelihara keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara jika tidak mahu dimamah rasa hasad dan dengki yang disebarkan oleh musuh utama negara – rasisme.
Kecenderungan untuk mengkalungkan pihak saingan politik dengan tuduhan rasis kebelakangan ini semakin menjadi-jadi. Di sana sini muncul pelbagai gerakan politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyemarakkan gejala ini.
Rasisme mempunyai banyak wajah. Ada pihak yang dianggap rasis berani menyatakan asas dan falsafah di sebalik pendirian dan tindakan mereka. Lazimnya hujah golongan ini mahu mempertahankan kepentingan kaum sendiri.
Namun dan ada juga yang cuba menyorokkan sikap ini dengan menyerang pihak lain terutama yang mahu membela sesuatu kaum atau kelompok masyarakat yang lemah dan ketinggalan, sebagai berfahaman rasis.
Puak sebegini sering melaungkan persaingan terbuka bagi mendapat peluang ekonomi yang saksama. Mereka penganut pemikiran meritokrasi di mana setiap kaum dan kelompok sosial harus bersaing untuk maju dan menikmati hasil pembangunan negara.
Bertopengkan meritokrasi kumpulan ini menolak semangat membantu yang lemah tanpa mengira kaum atas dasar. Mereka mengajukan biar yang pandai, cekap yang mempunyai modal sahaja mengurus ekonomi negara dan rakyat.
Bagi mereka faktor pasaran akan menentukan siapa yang kuat, gigih dan rajin akan menentukan bagaimana kekayaan negara akan diagihkan.
Untuk mencapai matlamat itu, banyak percubaan untuk menulis semula sejarah dengan cuba memberi tafsiran baru apa yang pernah berlaku di negara ini sehingga mencorakkan bentuk dan halatuju masyarakat.
Atas nama keadilan untuk semua, perbicaraan soal peluang ekonomi ini akan disandarkan pada soal hak. Yang sering dirujuk ialah terjemahan berhubung soal hak dan kebebasan seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Negara.
Golongan ini sengaja menimbulkan pelbagai kritik dan kontroversi hak kaum dan agama supaya sikap sebenar mereka berhubung isu politik, ekonomi dan segala pembangunan tidak dibicarakan.
Perkara ini didedahkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shabery Cheek. Bagi beliau ada pemerintah sebuah negeri di utara Tanah Air menggunakan alasan meritokrasi untuk tidak membantu golongan miskin dan daif.
Sungguhpun Shabery tidak menyebut negeri mana dan kerajaan dari parti mana yang memerintah, jaguh sabung DAP berketurunan Melayu-Cina, menyahut tegurannya.
Ahli parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, mendakwa bahawa DAP mewarisi profil Bumiputera Pulau Pinang yang puratanya miskin apabila mengambil alih pemerintahan negeri itu daripada Umno-Barisan Nasional enam tahun lalu.
Lantaran itu, hujahnya, agak sukar untuk DAP meningkatkan mutu kehidupan mereka setelah lebih lima puluh tahun diperintah Barisan Nasional.
Namun, katanya, DAP berusaha sedaya mungkinmemperbaiki keadaan ini melalui dasar meritokrasi yangdigabung dengan polisi mengutamakan keperluankelompok masyarakat baik di segi kebajikan.
Justeru beliau meremehkan pemikiran Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shabery Cheek, bahawa Pulau Pinang melaksanakan dasar-dasar yang tidak mesra Bumiputera seperti dalam soal perumahan.
Shabery menganggap hujah Zairil ini cuba melindungi dasar rasis DAP. Baginya jika kerajaan Pulau Pinang di bawah BN dikatakan gagal membantu Bumiputera,sebaliknya bolehkah dikatakan dasar BN berhasilmembantu bukan Bumiputera membangunkan ekonomimereka?
Bagi beliau kenyataan ini Zairil ini membayangkan betapa di kalangan pengkritik kerajaan BN sebenarnya menggunakan dasar rasisme tanpa berani menyatakan pendirian itu secara rasmi dan terbuka.
Shabery menganggap dasar-dasar sedemikian sebagai helah puak rasis dalam mengagihkan peluang ekonomi dan sosial hanya menurut perkiraan merit sahaja.
Berbeza dengan BN yang mengamalkan dasar pembangunan berpaksikan kepentingan rakyat miskin dan ketinggalan di segi ekonomi, kerajaan DAP menonjolkan hujah meritokrasi untuk tidakmelaksanakan program penyusunan semula masyarakat seperti program rumah murah.
Ini menyebabkan rakyat Melayu tidak mampu memiliki rumah berharga tinggi seperti yang boleh dilakukan oleh rakyat bukan Bumiputera.
Shabery merumuskan sungguhpun kerajaan berkenaan tidak mengumumkan secara rasmi bahawa negeri itu hanya untuk bukan Bumiputera sahaja tetapi natijahnya hanya kaum tertentu sahaja menikmati kemajuan di negeri itu.
Beliau mengamati golongan ini sengaja memainkan isu rasisme dan ekstremisme untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada polisi-polisi rasis mereka dan meletakkan Bumiputera dan Islam dalam keadaan bertahan.
Ditokok dengan serangan bahawa bukan Bumiputera berjaya dalam ekonomi kerana kepintaran dan kerajinan mereka, secara licik rasis bacul ini cuba mengatakan bahawa Bumiputera mundur kerana sikap mereka dan dipimpin oleh Umno-BN.
Beliau menamakan sikap dan politik ini sebagaai “rasis tanpa rasisme” kerana parti itu tidak berani berterus terang dalam memperkatakan dasar yang dianutipemerintahannya.
Dalam konteks perihal nasib Bumiputera Pulau Pinang, pihak pengkritik seharusnya insaf bahawa sejak 1982, Bumiputera negeri itu bergantung harap pada seorang idealis bernama Anwar Ibrahim.
Bermula sebagai seorang Timbalan Menteri apabila menyertai Umno hingga dipecat sebagai Timbalan Presiden parti itu merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tiada banyak dilakukan untuk memperbaiki mutu kehidupan Bumiputera negeri itu.
Kini orang yang sama pula yang menyanjung kerajaan yang “rasis tanpa rasisme” ini semata-mata untuk memadamkan rekod buruknya selama 17 tahun sebagai pemimpin Bumiputera dan Islam di pulau mutiara itu.
Pendiriannya ini semakin menggalakkan pemimpin seperti Zairil untuk ghairah mengatakan bahawa Bumiputera yang diwarisi daripada Umno-BN memang mundur kerana terlalu lama duduk di bawah pemerintahan Umno-BN.
Namun puak ini cuba menafikan bahawa kini secara aktifnya, DAP sudah diberi enam tahun untuk merubah keadaan itu. Malangnya, keadaan semakin memburuk.
Ini belum mengambil kira selama 17 tahun “jaguh reformasi” mereka telahpun menggunakan pengaruhnya meluaskan lagi jurang ekonomi Bumiputera denganrakyat bukan Bumiputera.
Kini beliau “menagih” bukan Bumiputera supaya membalas budinya dengan menempatkannya di persada kuasa disisip oleh air mata rakyat Melayu-Islam Pulau Pinang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!