Jutawan Berhati Mulia Hadiahkan Rumah Mewah Kepada 18 Bekas Jiran

China – Xiong Shuihua bukan sebarang jutawan sebaliknya beliau terbukti seorang kaya yang berhati mulia. Beliau membuktikannua dengan membina rumah mewah untuk 18 keluarga dengan percuma.
Keluarga terbabit merupakan bekas jirannya ketika dia membesar di sebuah kampung di Xiongkeng di Xinyu.
Selepas Ciong Shuihua, 54, menjadi jutawan dalam industri besi, dia memutuskan untuk membalas budi baik penduduk kampung dengan melakukan sesuatu kepada mereka secara percuma.
Xiong Shuihua kemudiannya merobohkan rumah kayu dan membina rumah banglo kepada penduduk yang selama ini membantu dan memberikan sokongan kepadanya ketika dia kecil.
Pembinaan rumah mewah berkenaan melibatkan kos kira-kira pound sterling 4 juta.
Selain itu dia juga menjanjikan makanan percuma tiga kali sehari kepada warga emas dan mereka yang berpendapatan rendah.
“Saya mempunyai wang dan saya tahu apa yang saya lakukan. Saya juga tidak mahu lupa di mana asal usu saya,” katanya yang mahu mengenang jasa mereka yang membantu dia dan keluarganya selama ini.
Dalam pada itu, seorang warga emas, Qiong Chu, 75, berkata ibu bapa Xiong Shuihua sendiri seorang yang baik hati dan kini anak mereka mewarisi sifat yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.