Debu Tebal Gunung Berapi Jejaskan Penerbangan

Tokyo – Syarikat Penerbangan Japan Airlines (JAL) dan All Nippon Airways mengeluarkan amaran kepada penumpang berhubung beberapa pembatalan dan perubahan destinasi di laluan melibatkan lapangan terbang Kumamoto.

Menurut jurucakap JAL, langkah itu diambil berikutan pembebasan debu tebal sehingga 800 meter ke permukaan udara dari Gunung Aso selain ingin menjamin keselamatan penumpang.

“Hari ini (semalam) kami membatalkan lapan penerbangan yang berlepas dari Kumamoto dan empat penerbangan yang tiba di sana. Terdapat juga satu penerbangan yang diubah destinasinya,”katanya, dipetik dari laporan CNA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.