Angka Kematian Virus Ebola Meningkat

Geneva – Pertubuhan Kesihatan Sedunia, menyatakan angka kematian global disebabkan virus Ebola  meningkat kepada 5,689 daripada jumlah 15.935 kes, terutamanya di Afrika barat, lapor AFP.

Pada Jumaat lepas,  Angka WHO menunjukkan kematian adalah sebanyak 5459 dan  Ebola yang dilaporkan adalah sebanyak 15351.

WHO percaya jumlah kematian mungkin jauh lebih tinggi lagi, memandangkan kesukaran untuk mengumpul angka komprehensif dan dengan mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Kes pertama Ebola dikenal pasti di Guinea pada bulan Disember 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.