Xiaomi Lancar Telefon Pintar Baru Dengan Kamera 48MP

Lambakan telefon pintar pelbagai jenama yang muncul saban hari membuatkan kita sukar memilih peranti yang tepat dan terbaik.

Namun, bagi mereka yang mencari telefon pintar dengan keupayaan kamera tinggi pada harga berpatutan, Xiaomi Mi 9 Lite adalah jawapannya.

Baru sahaja dilancarkan pada Rabu, siri terbaharu itu menjanjikan pengalaman penggunaan luar biasa buat pengguna.

Selain kamera belakang berkeupayaan tinggi 48 megapiksel (MP), kamera hadapan juga tidak kurang hebatnya dengan 32MP.

Peranti yang hadir dalam dua varian itu menawarkan model 6GB + 64GB pada harga RM1,199 dan 6GB + 128GB pada harga RM1,299.

Pengguna juga ditawarkan tiga seleksi warna mengancam iaitu Pearl White, Aurora Blue dan Onyx Grey.

Ia juga sesuai untuk penggunaan jangka panjang dengan keupayaan bateri 4030mAh dan turut dilengkapi fungsi pengecasan pantas.

Dengan skrin 6.39″ AMOLED berkualiti tinggi, peranti ini berada dalam liga tersendiri dengan janaan cip pemproses Snapdragon 710.

Bagi mereka yang berminat, ia boleh didapati menerusi Lazada dan Shopee bermula 1 November depan.

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!