Zizan Redha Terengganu Kalah Untuk Senyuman Mira Filzah

KUALA LUMPUR – Semalam berlangsungnya perlawanan di antara Perak dan Terengganu bagi Piala Malaysia.

Nasib menyebelahi Perak menang 4-1 ke atas Terengganu Fc menamatkan kemarau 18 tahun sebelum ini.

Dalam perlawanan ini menarik perhatian adalah posting Zizan Raja Lawak di akaun Instagramnya.

Gambarnya yang dimuatnaik bersama gambar Mira Filzah dengan kapsyen mencuit hati menerima kekalahan pasukan Terengganu kampung halaman pelawak itu.

“Now i tau kenapa i dilahirkan di Terengganu. Kerana Terengganu Darul Iman.

“Hanya orang orang yang beriman selalu diuji. Jadi malam ni i mengalah untuk lihat u senyum. Tahniah buat pasukan Perak. Dan Terengganu Fc kite cuba lagi tahun hadapan. InshAllah. @mfmirafilzah #terengganu #perak #pialamalaysia2018 #football,” kata Zizan.

Posting itu menerima like sebanyak 260 709 dan komen peminat Zizan yang merasakan pelawak itu sesuai dengan artis perempuan yang berasal dari Perak, kecil molek itu.

“Hhhaahhaa indahh ciptaann tuhan tuu.. jup jup semut tumpang lalu,” kata pi____yaaa.

“Wowwww sweet nya…..,” myzetta7_.

“Tak mengapa kalah,janji dapat memenangi hati❤️ mira,” kata
franklinasun.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.