Tak Adil Hina Kelantan – Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganggap serangan tanpa henti oleh Lim Guan Eng terhadap kerajaan Kelantan sebagai tidak adil.

Terbaru, katanya, tindakan Menteri Kewangan sebagai penghinaan.

“Apakah keperluan dan matlamat untuk menghina termasuk tindakan kerajaan pusat untuk mendedahkan surat-surat sulit dari kerajaan Kelantan kepada kerajaan pusat?

“Baru-baru ini, Menteri Kewangan sudah pun mengesahkan bahawa penurunan hutang Pulau Pinang sebanyak 90 peratus ialah jasa kerajaan pusat pada masa itu.

“Selain bantuan tunai yang lain, kerajaan pusat juga telah memberi geran sebanyak RM1.3 bilion kepadanya bagi menaikkan kapasiti Empangan Mengkuang.

“Adakan kerajaan BN (Barisan Nassional) memperlekeh dan bertanya mengapa negeri yang kaya tidak dapat menampung keperluan air sendiri?” beliau berkata demikian mengulas kenyataan Guan Eng tentang hutang kerajaan Kelantan ialah RM1.4 bilion pada tahun 2016.

Beliau mempertikaikan keperluan kerajaan pusat Pakatan Harapan (PH) menghina Kelantan yang memerlukan pertolongan terutamanya selepas banjir yang teruk akhir tahun 2014.

“Ya, tak dapat dinafikan Kelantan adalah antara negeri paling miskin pada ketika ini tetapi ini ekoran tindakan kerajaan BN terdahulu di bawah PM ke- 4 yang menghentikan projek-projek pembangunan dan keperluan asas kerana ia jatuh di bawah kepimpinan parti lain pada 1990 sehingga tiada satu pun lebuh raya atau infrastruktur air bersih yang sempurna di negeri itu.

“Kerana faktor ini, sumber pendapatan dan pembangunan kerajaan Negeri adalah terbantut,” tambahnya.-SuaraTv

2 thoughts on “Tak Adil Hina Kelantan – Najib

  • October 28, 2018 at 8:26 pm
    Permalink

    Curi duit rakyat afil ke?? Rompak harta negara adil?? Bodoh mcm kayu!! Kau tk layak komen apa2 dah?? Terlampau rosal teruk….!!! Punah ranah duit negara kau dgn spesis kau kebas?? Apa punya manusia? Dakwa tuduh jatuh hukum sbb byk cakap sangat?? Sedar lah diri tu..awak siapa ha?? Jika PH tak rampas kerajaan.. bygkan apa akan terjadi pd negara kita semua!! Muflis bangkrap lor!! Ini lah org paling tk guna perosak negara dgn kuncu2 nya!! Memualkan menjelikkan jijik dgn kejahatan mereka2 ini!!
    Cepat2 lah hukum perompak2 ini??? Bo layan!!!

    Reply
  • October 28, 2018 at 8:28 pm
    Permalink

    Tgk muka meluat..mual jijik dgn kejahatan spesis2 ni?? Media da jgn layan.. usah kejar berita…tnggu jer hukuman yg akan diterima..! PENYANGAK HARTA RAKYAT DAN NEGARA!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.