Suami Tetak, Potong Jari-jemari Isteri

KUALA LUMPUR – Wanita ditetak di muka dan kepala lebuh teruk jari-j]emarinya dipotong oleh suami sendiri.

Perbuatan kejam suaminya itu berlaku di Ladang Pintasan, Kinabatangan semalam apabila mangsa ditemui pada 8 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Sahak Rahmat pihaknya hanya menerima laporan pada jam 8.45 malam, semalam daripada orang awam memaklumkan bahawa satu kejadian pembunuhan berlaku di lokasi tersebut.

“Siasatan awal mendapati, mangsa baru sahaja bekerja di ladang itu lebih kurang sebulan sebagai pemungut biji sawit manakala suaminya tidak bekerja. Kedua-dua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mayat mangsa berada di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mayat mangsa berada di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian.

Beliau berkata, pemeriksaan pada badan wanita itu mendapati terdapat kecederaan kesan tetakan di muka sebelah kiri, di bahagian atas kepala dan di bahagian belakang kepala.

Tambah A. Sahak, jiran-jiran wanita tersebut hanya melihat suspek berada di luar rumah sambil memegang sebilah parang di tangannya pada jam lebih kurang 8 malam.

“Suspek kemudian melarikan diri ke arah sungai dan dikejar oleh beberapa anggota pengawal keselamatan ladang namun tidak berjaya ditangkap.

“Motif kejadian setakat ini dipercayai berpunca akibat perselisihan faham diantara mangsa dan suspek semasa keduanya mereka berada di dapur berikutan penemuan periuk yang mengandungi sup ayam dan satu pinggan berisi nasi ditemui bertaburan di lantai dapur dipercayai dibaling.

Mayat ujarnya telah dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat dan usaha mengesan suspek, 30an masih diteruskan kerana ketiadaan pengenalan diri.-SuaraTv

One thought on “Suami Tetak, Potong Jari-jemari Isteri

  • October 29, 2018 at 7:35 am
    Permalink

    Jenayah ada dimana? Dlm rumah..luar !!! Kesal suami jadi pembunuh?? Hukum seberat3nya….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.