PPBM Tak Akan Terima Zahid

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersedia menerima mana-mana individu yang ingin menyertai parti itu, namun ia bersyarat.

Pengerusi PPBM Pulau Pinang Datuk Marzuki Yahya berkata, individu yang ingin menyertai parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu akan diterima sekiranya dia tidak mempunyai isu yang berkaitan dengan integriti, salah guna kuasa atau penglibatan dalam apa-apa skandal rasuah.

Marzuki, yang juga Timbalan Menteri Luar, berkata parti itu mempunyai jawatankuasa khas untuk menilai dan memeriksa setiap permohonan keahlian sebelum diluluskan.

“Perjuangan kita adalah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu serta menjadikan parti ini bermaruah,” katanya dipetik Bernama.

Beliau menyifatkan kemasukan beberapa ahli baru baru-baru ini, termasuk bekas pemimpin UMNO yang juga Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed, adalah satu bentuk “penghijrahan positif”.

“Kami mengalu-alukan (keahlian Mustapa), dan saya yakin bahawa beliau menyertai atas dasar menyokong perjuangan parti,” katanya.

Beliau menambah, PPBM tidak akan menerima bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana beliau terlibat dalam pelbagai isu yang merosakkan maruah parti sendiri dan kerajaan sebelumnya.

“Kami tidak akan menerima dia (Zahid), UMNO sekarang dianggap tidak relevan … menjadi lebih teruk selepas kehilangan kuasa,” katanya.

Kenyataan Marzuki itu susulan dakwaan Zahid semalam yang mendedahkan Dr Mahathir pernah mendesak beliau supaya membubarkan UMNO serta membawa Ahli Parlimen parti itu melompat menyertai PPBM.

“Ia (mesej) sangat kuat dan jelas bahawa kami mesti melompat dan menyertai Bersatu, kami mesti membubarkan UMNO,” katanya.

Ahmad Zahid mendakwa, beliau mungkin tidak berdepan dengan pelbagai pertuduhan di mahkamah jika memilih untuk melompat parti.

Media baru-baru ini melaporkan bahawa kira-kira 40 Ahli Parlimen dari UMNO dikatakan akan menyertai PPBM.

Ahli Majlis Tertinggi PPBM Datuk A. Kadir Jasin yang mendedahkan perkara itu mendakwa, ada antara mereka telah beberapa kali berjumpa Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kepimpinan tertinggi parti secara berkumpulan atau perseorangan membincangkan perkara itu. -SuaraTv

Berita Berkaitan;-
“Khairuddin Yang Kata Saya Penipu Itulah Atur Pertemuan Dengan Dr Mahathir” – Ahmad Zahid

Tindakan Ke Atas Ahmad Zahid Kerana Enggan Tunduk Desakan Bubar UMNO

Mahathir Minta UMNO Dibubarkan – Zahid

2 thoughts on “PPBM Tak Akan Terima Zahid

  • October 28, 2018 at 8:42 pm
    Permalink

    Kalau korang nk bersih nama.. buang semua yg atas2 tu..dulu..
    Rakyat muak mual benci muka2 rasuah ada lgi..!! Faham ke?? Jika tk usah mimpi nk pulih..sbb da musnah hancur punah ranah!!!!!!° korup kurap najis jijik kotor!!!

    Reply
  • October 28, 2018 at 8:45 pm
    Permalink

    Jgn kan pulih!! Makin hancur ada lah?? Rosak da teruk??
    Perasuah segala2 nya…. tk kan naik semula junam ada lah!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.