Pemimpin PKR Pertikai PPBM Terima Penyertaan Mustapa Mohamed

JOHOR BARU,  ― Tidak ada keperluan untuk menerima kemasukan bekas pemimpin Umno dalam Pakatan Harapan (PH), kata wakil rakyat PKR

Jimmy Puah Wee berkata rakyat “khuatir” dengan penyertaan mereka, lagi pun PH sudah memiliki ramai tokoh berkebolehan, lapor Sinar Harian.

“Rakyat berani buat pertukaran bukannya mahu melihat budaya Umno diserap kembali dalam kerajaan baru,” kata exco kerajaan Johor.

“Saya yakin PH mempunyai ramai pemimpin yang berkaliber jadi tiada keperluan untuk ambil bekas Umno yang telah tewas.”

Jimmy, yang juga timbalan pengerusi PKR negeri, berkata demikian mengulas penyertaan Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam Parti Pribumi Bersatu (PPBM), malam semalam.

Mustapa bulan lalu keluar dari Umno, selepas lebih 40 tahun berkhidmat dengan parti Melayu itu. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.