“Orang Hanya Lihat Yang Buruk, Sebenarnya Datuk Seri Banyak Tolong Orang Melayu”, Luahan Pemuda Pada Najib

SHAH ALAM – Ketika ramai yang mencemuh dan melontarkan kata-kata cercaan terhadap Datuk Seri Najib Razak, seorang pemuda tampil menzahirkan penghargaan terhadap mantan Perdana Menteri itu.

Mohamad Jamalee Bashah berkata, sebagai seorang pejuang sejarah Melayu, beliau pada mulanya turut ‘bengang’ dan tidak bersetuju dengan beberapa pendekatan Najib.

Bagaimanapun pandangannya berubah kerana menyedari bahawa Najib sebenarnya satu-satunya pemimpin yang banyak membangunkan ekonomi orang Melayu.  

“Kawan-kawan tanya saya, kau sebagai aktivis sejarah Melayu, kenapa kau back-up sangat si Najib?

“Saya kata sebab dalam orang hanya lihat buruk Datuk Seri, sebenarnya kalau depa diam-diam perhati, Datuk Seri banyak tolong orang Melayu,” tulisnya dalam ruangan komen di Facebook mantan perdana menteri itu.

Jamalee yang juga Presiden Persatuan Patriot Malaysia berkata, antara jasa Najib dalam membantu rakyat adalah dengan memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 

“…sebab Datuk Seri bagi BR1M tu lah mak ayah saya dapat berbelanja lebih. 

“Jasa Datuk Seri untuk rakyat tegap akan saya kenang. Saya tak pernah lagi dalam 36 tahun hidup saya jumpa pemimpin yang betul-betul fikir pasal rakyat,” katanya.

“Saya akui saya kadang-kadang terasa melihat Datuk Seri dicemuh teruk seperti tiada sekelumit kebaikan yang Datuk Seri beri pada rakyat. Diperlakukan betapa teruk sekali. Walhal kerana Datuk Seri jaga ekonomi negara dengan baik lah semua orang dapat merasai tempiasnya,” tulis Jamalee sambil mendoakan Tuhan melindungi dan membalas kebaikan Najib.  -SuaraTv 

One thought on ““Orang Hanya Lihat Yang Buruk, Sebenarnya Datuk Seri Banyak Tolong Orang Melayu”, Luahan Pemuda Pada Najib

  • October 29, 2018 at 7:48 am
    Permalink

    Terlampau rosak …
    ..habis harta negara awak rompak?? Nk bawa mana duit2 tu??? Byr jamin pun juta2.. mana dpt duit?? Senang sgt dapat duit byr jamin????

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.