Norman dan Abby Rai Konvokesyen Anak Bersama

KUALA LUMPUR – Umum mengetahui bhawa pelakon lelaki Norman Hakim dan bekas isteri, Abby Abadi masih berhubung baik walaupun telah lama bercerai dan mempunyai pasangan dan keluarga masing-masing.

Bukan sahaja sering meraikan hari jadi bersama-sama dengan isteri dan anak-anak mereka, Norman dan Abby dalam urusan anak mereka tetap bekerjasama dengan baik.

Seperti hari ini Abby Abadi memuatnaik gambar meraikan anak sulungnya dengan Norman, Mohamed Danish Hakim di Majlis Konvokesyen Huffaz ke-2 Peringkat Negeri Selangor pada Ahad.

“Mohamed Danish Hakim Al Hafiz dan sahabat yang telah berjaya menghafal Al-Quran diraikan lagi hari ni untuk peringkat Negeri Selangor pula.

“Alhamdullillah, murah rezeki anak-anak ni. Tiga kali dah diraikan termasuk kali ni. Syukur, terima kasih Allah untuk segala nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan.

“Mama dan papa je wakil untuk hari ni. Abah (Jaiezzany) hantar je tadi, pastu gi betulkan kereta. Mummy (Memey Suhaiza) tak dapat bersama juga sebab adik-adik tak ada siapa yang jaga. Apa yg penting kerjasama hehe…,” tulisnya di Instagram.

Norman turut memuatnaik gambar yang sama dalam Instagramnya dengan kapsyen “Alhamdulillah”.

Rata-rata pengikut di laman tersebut memuji sikap Abby dan Norman yang sentiasa mengutamakan anak dalam apa jua perkara.

Malah, ramai juga mendoakan supaya Danish menjadi anak soleh yang akan membahagiakan kedua ibu bapanya kelak.

Untuk rekod, mereka berdua bercerai pada tahun 2008.

Kini, Norman bahagia bersama pelakon Memey Suhaiza dan Abby pula bersama Muhammad Faizal Zakaria atau Jaiezzany.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.