Lelaki Onani Dalam LRT

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh dalam sebuah tren baru-baru ini.

Tindakannya melakukan ‘onani’ walaubagaimanapun berjaya dirakam dan diviralkan sejak Rabu yang lalu.

Disahkan oleh RapidKL lelaki itu telah ditahan oleh polis bantuan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Suspek yang terlibat dalam video viral gangguan seksual di LRT baru-baru ini telah berjaya ditangkap oleh polis bantuan di LRT Universiti dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujar Rapid KL.

Rapid KL juga dalam masa yang sama menasihatkan pengguna untuk berwaspada dengan persekitaran di mana sahaja berada.

“Diharap para pengguna yang lain sentiasa mengawasi persekitaran ketika di dalam tren, bas atau di mana-mana sahaja anda berada. Jangan asyik dengan telefon saja…. Keselamatan anda, sentiasa menjadi keutamaan kami,” tambahnya.

Rabu lalu, seorang pengguna Facebook Aryssa Fahmi berkongsi berkongsi pengalaman buruk ketika berada di dalam tren apabila berada berdekatan dengan lelaki itu.

Dia sempat merakam kelakuan lelaki itu dan berkongsi di Facebook.-SuaraTv

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.