Macam Saya Buat Dosa Cakap Benar, Guan Eng Sindir PAS

KUALA LUMPUR – PAS sebelum ini tidak berpuas hati dengan tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan tidak mampu membayar gji kakitangan awamnya.

Presiden parti itu Datuk Seri Hadi Awang kemudiannya semalam menganggap tindakan Guan Eng mendedahkan pinjaman negeri itu sebagai tidak wajar kerana ia bersifat rahsia.

Hari ini Guan Eng berseloroh menyindir bahawa dia diselebungi perasaan rasa bersalah kerana mendedahkan perkara itu kerana ia benar.

“Macam saya lakukan dosa (kerana) bercakap benar,” katanya ketika berucap di Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya apa yang didedahkannya sebelum ini merupakan kebenaran berdasarkan fakta termasuklah meluluskan pinjaman Kelantan daripada kerajaan Persekutuan.

“Anda cabar saya tunjuk bukti, saya tunjuk buktilah.

“Kalau saya tak tunjuk bukti salah, tapi selepas saya tunjuk bukti, itu pun salah. Buat pun salah, tak buat pun salah.

“Dah tunjuk bukti yang mereka cakap sendiri mereka perlukan bantuan untuk membayar gaji, dan saya luluskan juga. Kerajaan juga luluskan. Luluskan pun kena marah,”tambahnya.

Isu kemampuan ekonomi Kelantan untuk membayar gaji kakitangan awamnya bermula pada 22 Okt lalu apabila Lim secara bersahaja mempertikaikan pertanyaan seorang anggota parlimen PAS yang membangkitkan kemungkinan Kelantan dan Terengganu melakukan inisiatif menyiapkan Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Ia dibangkitkan anggota parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan.

Beberapa pemimpin PAS kemudian mendakwa Lim memfitnah negeri yang ditadbir parti terbabit dan mendesak supaya anggota parlimen Bagan itu menunjukkan bukti.

Lim kemudian menunjukkan sepucuk surat ditulis dan dihantar pegawai kanan kerajaan Kelantan kepada kementerian kewangan bertarikh 18 Jun 2018 yang menyatakan permohonan Kelantan mendapatkan bantuan pinjaman dari Putrajaya bagi membayar gaji.-SuaraTv

One thought on “Macam Saya Buat Dosa Cakap Benar, Guan Eng Sindir PAS

  • October 28, 2018 at 9:09 pm
    Permalink

    Yg tk puas hati mcm tu lah!!! Yg betul lata salah
    .yg salah kata betul?? Tk pe lge u the best… PH terbaik!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.