Era Pemuda ‘YES MAN’ Sudah Berakhir, Kata Asyraf Wajdi

SHAH ALAM – Pergerakan Pemuda UMNO tetap teguh bersatu mempertahankan prinsip walaupun menerima pelbagai kecaman dan hentaman hanya kerana menyatakan pandangan yang berbeza.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sayap yang diterajuinya akan terus lantang bersuara tanpa gusar termasuk kepada pucuk kepimpinan kerana era ‘Yes Man’ Pemuda sudah berakhir.

“Era Pemuda ‘YES MAN’ sudah berakhir. Pemuda akan terus lantang dan berani bersuara tanpa gusar termasuk kepada pucuk kepimpinan namun masih dalam kerangka adab dan berakhlak. 

“Pemuda tidak boleh lagi berkompromi dalam apa jua bentuk penyimpangan dan penyelewengan termasuk isu-isu yang menyentuh soal moral, integriti, tadbir urus yang baik, prinsip keadilan dan kebenaran. #PemudaTerasKebangkitan #bangkitkembali,” katanya di Twitter, sempena Program Pemukiman (Retreat) Pemuda di Pusat Latihan UMNO Janda Baik selama dua hari bermula semalam (Sabtu). 

Program itu dihadiri seramai 340 orang di kalangan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda Bahagian-bahagian seluruh Malaysia.

 Sayap itu baru-baru ini dikecam pelbagai pihak ekoran mencadangkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid  Hamidi untuk bercuti seketika daripada jawatan presiden parti sehingga selesai kes pertuduhannya di mahkamah.

Ahmad Zahid ketika ini berdepan dengan 45 pertuduhan pecah amanah, menerima wang rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM100 juta. Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan.

Mahkamah menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan kes. -SuaraTv 

One thought on “Era Pemuda ‘YES MAN’ Sudah Berakhir, Kata Asyraf Wajdi

  • October 29, 2018 at 7:54 am
    Permalink

    Pemuda Umno penakut. Pemimpin parti kena keroyok oleh rejim tun m masih senyap. Kepincangan dlm hala tuju negara pun senyap. Bercakap berdegar2 era yes man sudah berakhir. Ganti era yes tun m. Yes tok pa join bunga. Layu dan pondan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.