Bukan Harta Dan Kemewahan, Tapi Anak – Elizad

KUALA LUMPUR – Tiga tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum diberikan rezeki anak, pelakon Siti Elizad memberitahu seperti wanita lain dia masih menyimpan harapan.

Elizad 34, berkata tidak mendambakan kemewahan namum hanya ingin memiliki zuriat bersama suaminya, Shamsul Baharin Rahman, 45.

Tambahnya, kesihatan dirinya kini menjadi keutamaan setelah melakukan pembedahan membuang ketumbuhan cyst (sista) pada awal September lalu.

“Sebenarnya perempuan ini bukan nak apa-apa pun. Bagilah harta atau kemewahan sekali pun tetapi dia mesti nak ada zuriat. Dikurniakan seorang cahaya mata pun sudah mencukupi.

“Saya nak anak sebab itu kena jaga diri. Lagi-lagi selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan cyst baru-baru ini.

“Pada mulanya, saya tak nak buat pembedahan itu sebab dua tahun lepas, saya pernah jalani pembedahan yang sama dan doktor itu membuang cyst itu bersama ovari sebelah kiri.

“Tapi alhamdulillah untuk pembedahan kali ini, doktor hanya buang cyst sahaja supaya saya masih berpeluang untuk hamil,” katanya.

Pelakon drama Syurga Yang Kedua ini melakukan pembedahan membuang ketumbuhan cyst (sista) sepanjang lapan sentimeter.

Dalam pada itu, pemilik nama Siti Elizad Mohamad Sharifuddin.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.